Mohd Haniff Khatri Abdulla
Mohd Haniff Khatri Abdulla

PUTRAJAYA – Hakim Mahkamah Rayuan, Hamid Sultan Abu Backer tidak memberi keterangan lanjut kepada lima pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diketuai Timbalan Pesuruhjaya (Operasi), Azam Baki yang hadir bertemu beliau di kamarnya pagi tadi.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang ditemui di Mahkamah Persekutuan berkata bahawa anak guamnya yang diwakili peguam Joy Appukuttan tidak boleh mengeluarkan maklumat lanjut yang dikehendaki pihak berkuasa.

Mohamed Haniff berkata, anak guamnya itu berpendirian hanya boleh memberi keterangan kepada pasukan khas untuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI).

“Hari ini SPR diketuai Azam Baki dan empat lagi pegawai hadir berjumpa dan berbincang tanpa secara formal dengan yang Arif (Hamid Sultan) dan saya serta Joy sebagai peguam hadir juga.

“Secara ringkas apa yang mereka ingin tahu sama ada boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung laporan affidavit bertarikh 14 Februari 2019 sebanyak 153 muka surat dan satu perenggan muka surat 63 menyatakan pelbagai keadaan yang menjurus kepada perlukan ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai salah laku dalam perundangan dan sistem kehakiman.

“Kami memaklumkan seperti yang dinyatakan dalam affidavit itu bahawa untuk menentukan dan mewajibkan penubuhan RCI di mana jawatankuasa siastan khas perlu diwujudkan terlebih dahulu.

“Selagi jawatankuasa khas bagi penubuhan RCI tidak diwujudan, maka beliau (Hamid Sultan) tidak boleh untuk beliau mengeluarkan penjelasan lanjut seperti yang dikehendaki pihak berkuasa (SPRM).

“Ini kerana maklumat tersebut akan mendedahkan pihak lain seperti dalam kehakiman sama ada peringkat pendaftar atau kehakiman lain, mahkamah Rayuan, Mahkamah Majistret atau Mahkamah Sesyen kepada keadaan yang tidak mungkin menyelesakan pihak berkuasa untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya kepada media.

Tambahnya, dalam soal ini, siasatan itu harus dijalankan secara bebas dariapda siasatan biasa polis atau SPRM.

“Maka saya mengesyorkan kepada SPRM bahawa sebaik suruhanjaya itu memaklumkan kerajaan melalui Menteri undang undang ataupun Menteri Dalam Negeri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) bahawa mereka tidak mungkin boleh melakukan siasatan lanjut selagi tiada ada jawatankuasa siasatan khas.

“Oleh demikian hendaklah ditubuhkan Jawatankuasa siasatan khas untuk satu tempoh tiga hingga lima bulan di mana harus terdiri dianggotai tiga orang bekas hakim seorang dari pihak hakim, seorang dari Jabatan peguam negara dan seorang dari peguam kesemuanya hendaklah bersara lama supaya tidak terlibat dalam aligasi aligasi ini untuk mengetuai jawatankuasa tersebut,” ujarnya.

Menurut beliau, orang ramai termasuk pihak kehakiman, peguam dan juga Peguam Negara perlu diberi peluang untuk mengadu aduan lanjut jika ada alah laku lain supaya jawatankuasa khas itu dapat meneliti segala aduan berbangkit.

“Sebagai contohnya, andai kata ada 50 aduan maka jawatankuasa siasatan khas ini hendaklah menentukan yang manakah mempunyai merit untuk dirujukkan kepada kabinet untuk dinasihati bagi tujuan penubuhan RCI,” tegasnya lagi.

Justeru katanya, Hamid Sultan berpendapat perkara seperti didedahkan menerusi afidavitnya bukan perkara biasa yang boleh disiasat di bawah polis atau SPRM sebab khuatir boleh dikompromi dengan mudah.

Katanya, kesemua anggota jawatankuasa siasatan khas diwajibkan berpengalaman luas kerana segala pendakwaan yang dikeluarkan adalah meliputi era 2000.

Menurut Haniff, hakim mahkamah rayuan itu bersedia bekerjasama dengan pihak yang betul dan saluran benar namun keselamatan perlu diutamakan.

“Dia hakim pertama mengeluarkan dakwaan sebegitu, maka adalah menjadi tugas kerajaan untuk melindungi beliau secara serius.

“Saya difahamkan beliau tidak mempunyai pengawal peribadi ketika ini dan maka kerajaan harus mengambil serius dan menyediakan kawalan 24 jam sehingga siasatan berkaitan pembongkaran itu selesai sepenuhnya,” tegasnya.