Axiata Group Bhd susut dalam dagangan awal hari ini selepas syarikat itu mengalami kerugian bersih dalam tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2018 (FY18).

KUALA LUMPUR – Saham Axiata Group Bhd meningkat 1.77 peratus atau tujuh sen pada sesi dagangan awal hari ini, susulan pengumumannya untuk melupuskan 28.7 peratus kepentingan dalam syarikat senaraian Singapura, M1 Ltd bernilai RM1.65 bilion.

Pada 10.15 pagi, saham Axiata berada pada RM4.01 dengan membabitkan transaksi 1.43 juta saham.

Dalam nota, Kenanga Reseach berkata proses penjualan pelaburan bukan strategik itu dijangka mencatatkan keuntungan dianggarkan RM126.5 juta bagi Axiata dan hasil itu dijangka dimanfaatkan untuk tujuan am korporat dan/atau pembayaran balik hutang sedia ada.

“Kami telah mengecilkan keuntungan teras tahun kewangan 2018-2019 selepas cukai dan faedah minoriti masing-masing sebanyak 1.5 peratus dan 5.7 peratus bagi Axiata.

“Kami mengekalkan saranan ‘outperform’ ke atas Axiata dengan harga sasaran lebih rendah kepada RM4.35 daripada RM4.50 sebelumnya,” katanya.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast