TERKINI : SEDIH DASAR BAHARU HAJI! Rakyat Kena Bayar RM23 Ribu – Najib Razak

SEMENYIH – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang turun hari kedua kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih mendakwa peserta rombongan haji tahun ini terpaksa membayar kos yang mahal bagi menunaikan ibadah itu tahun ini.

Menurut beliau, berdasarkan kepada dasar baru yang dilaksanakan Lembaga Tabung Haji, beliau mendakwa peserta yang ingin menemani ahli keluarga mereka terpaksa menanggung kos kira-kira RM23,000 bagi membolehkan mereka menjadi peneman kepada peserta rombongan haji biasa.

“Sekarang ada dasar baru yang bayaran ibadah haji RM9,980, namun yang ikut teman seperti muhrim dan bukan giliran kita, maka mereka kena bayar RM23,000 sebagai bayaran.

“Daripada RM9,980 masa zaman BN memerintah, kini melonjak kepada RM23,000 di zaman PH,” katanya ketika berucap dalam program ‘Santai Bersama Najib Razak’ di Flat Baiduri Bandar Tasek Kesuma, Semenyih.

Malah katanya, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kerajaan berhubung dasar baharu itu. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast