mendapat pengecualian daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS)
mendapat pengecualian daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS)

KUALA LUMPUR – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) memerlukan tempoh mencukupi untuk melengkapkan siasatan forensik dan analisis komprehensif data meteorologi berhubung kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan lebuh raya di Bukit Kukus, Pulau Pinang.

Ketua Pengarahnya, Omar Mat Piah berkata, ia bagi membolehkan pihaknya memuktamadkan siasatan yang dan bebas daripada unsur keraguan yang munasabah.

“Pada peringkat ini, butir-butir lanjut siasatan ini tidak boleh dihebahkan untuk pengetahuan umum sehingga proses perundangan dimuktamadkan oleh Penasihat Undang-Undang JKKP.

“Kebiasaannya siasatan JKKP untuk kes-kes berprofil tinggi seperti kes runtuhan Jaya Supermarket di Selangor dan kes kemalangan pembinaan Jambatan kedua Pulau Pinang dan Tanjung Bungah, Pulau Pinang akan berakhir dengan tindakan perundangan di mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kejadian tanah runtuh di Projek Pembinaan Jalan Berkembar Paya Terubong di Jalan Bukit Kukus, berlaku pada 19 Oktober 2018.

Dalam kejadian itu, sembilan mangsa ditemui maut tertimbus, manakala tiga lagi cedera di tapak projek jalan berkembar Bukit Kukus.

Projek bernilai RM545 juta itu dijangka siap pada Mac 2020 kerana beberapa faktor antaranya cabaran di tapak dan proses pengambilan tanah.

Projek itu membabitkan empat bahagian, termasuk bahagian pertama iaitu pelebaran Lebuh Raya Thean Teik yang sudah siap sepenuhnya pada awal 2018. – MalaysiaGazette