KUALA LUMPUR – Gergasi kejuruteraan yang berpangkalan di Amerika Syarikat, McDermott telah dianugerahkan dua kontrak besar bagi membina lapangan minyak di pan-Malaysia oleh dua syarikat tempatan.
Salah satu kontrak adalah daripada Sarawak Shell Bhd. dan satu lagi adalah daripada Sapura Exploration and Production namun syarikat berkenaan tidak mendedahkan nilai sebenar kontrak tersebut.
Bagaimanapun, mengikut definisi McDermott, kontrak besar bermakna ia bernilai di antara AS$1 juta sehingga AS$50 juta.
Kontrak-kontrak tersebut akan dapat dlihat dalam penyata McDermott bagi suku pertama 2019.
Kontrak tersebut melibatkan pengangkutan, pemasangan struktur luar pesisir, saluran paip dan kerja-kerja pra-permulaan untuk pembangunan lapangan Pan Malaysia yang terletak di luar pesisir Sarawak.
Menurut syarikat tersebut, penganugerahan kontrak-kontrak tersebut merupakan yang pertama diterima oleh McDermott sejak ia memindahkan ibu pejabat Asia Pasifiknya ke Kuala Lumpur.
Syarikat tersebut telah berjaya menambah tenaga kerja tempatan kepada 700 orang berbanding 90 sebelum ini.-MalaysiaGazette