Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Bhd berkemungkinan melaksanakan pusingan terbaharu langkah pemberhentian beratus-ratus pekerjanya dalam usaha untuk terus bertahan dalam industri yang terjejas teruk akibat krisis Covid-19.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Saman yang dikemukakan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) terhadap AirAsia berikutan keengganan syarikat penerbangan tambang rendah itu melaksanakan caj perkhidmatan penumpang (PSC) kini sedang dirujuk di mahkamah.

MAHB berkata, proses itu sepatutnya dibenarkan berlaku.

Pengendali lapangan terbang itu berkata, PSC adalah kadar statutori yang ditetapkan oleh kerajaan dan diwartakan dan ia memberi kesan kepada ekonomi industri penerbangan negara.

Tegas MAHB, adalah penting untuk mewujudkan penjelasan pelaksanaan PSC yang digazetkan, peranan dan tanggungjawab syarikat penerbangan dan lapangan terbang, serta hak-hak pihak yang terlibat.

“Ini adalah perkara undang-undang yang mahkamah perlu putuskan bagi memuktamadkannya agar industri penerbangan Malaysia beroperasi dengan cekap dan kompetitif dan mematuhi semua piawaian dan peraturan penerbangan antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

MAHB berkata, adalah satu amalan biasa untuknya memaklumkan kepada semua pemegang kepentingan melalui pengumuman bursa berhubung sebarang perkara mengenai saman PSC yang difailkan terhadap AirAsia dan notis tuntutan balas syarikat penerbangan itu.

Malah, katanya, entiti itu akan terus berhubung dengan semua pemegang kepentingan termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Kami gembira untuk menangani kebimbangan KWSP dan menjelaskan perkara-perkara berbangkit dengan mereka,” ujar MAHB.

Artikel berkaitan:AirAsia tidak tanggungjawab kutip PSC

Kerajaan perlu belanja RM60j jika PSC di KLIA, klia2 tak sama

Kadar PSC ditentu, dikawal Mavcom bukan MAHB

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP memberitahu pihaknya sedang menunggu jawapan bagi bertemu dengan MAHB.

Pertemuan itu susulan kebimbangan KWSP tentang pertikaian antara MAHB dan AirAsia secara terbuka yang disifatkan sebagai tidak sihat.

KWSP memiliki kepentingan sebanyak 10.56 peratus dalam MAHB manakala memiliki 5.64 peratus dalam AirAsia Group Berhad, sekali gus pemegang kepentingan ketiga terbesar dalam syarikat penerbangan tersebut. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/blog/2018/12/11/mahb-saman-airasia-airasia-x-rm36-1j/

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast