Temubual Malaysia Gazette bersama pendakwah, Abdullah Bukhari Abdul Rahim (al-Hafiz) mengenai senario politik negara di Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIA), Gombak, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 19 FEBRUARI 2019

KUALA LUMPUR – Wakil rakyat yang memilih untuk ‘lompat parti’ setelah diberikan kemenangan oleh para pengundinya menepati ciri-ciri seorang munafik.

Seperti mana yang disebut Rasulullah SAW, terdapat tiga tanda-tanda untuk mengenali seorang yang munafik.

Pertama apabila dia berbicara dia berdusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.

Menurut pendakwah, Abdullah Bukhari Abd Rahim Al-Hafiz, setiap kali berlaku ‘fenomena’ penghijrahan seseorang wakil rakyat ke parti lain terutama bila selesai pilihan raya, ingatlah amaran yang diberikan Rasulullah SAW mengenai ciri-ciri seorang munafik.

” Ahli politik ni bila bertanding ia menggunakan parti atau bendera tertentu, tiba-tiba bila dia menang, dia melompat parti. Itu sebenarnya dah melanggar janji dan amanah yang diberikan oleh pengundi mereka,” tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada Malaysia Gazette ketika ditemui di sini hari ini.

MGF19022019_ABDULLAH BUKHARI RAHIM_07
Temubual Malaysia Gazette bersama pendakwah, Abdullah Bukhari Abdul Rahim (al-Hafiz) mengenai senario politik negara di Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIA), Gombak, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 19 FEBRUARI 2019

Abdullah Bukhari kemudiannya memberi contoh ayat 91 dari Surah An-Nahl. Ayat itu menyebut:“Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah-perintah Allah apabila kamu berjanji; dan janganlah kamu merombak (mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama Allah), sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai Penjamin kebaikan kamu; sesungguhnya Allah sedia mengetahui akan apa yang kamu lakukan.”

Beliau juga memetik ayat 92 dari surah yang sama: ” Dan janganlah kamu menjadi seperti perempuan yang telah merombak satu persatu benda yang dipintalnya, sesudah ia selesai memintalnya kuat teguh; dengan kamu menjadikan sumpah kamu sebagai tipu daya (untuk mencabuli perjanjian yang telah dimeteraikan) sesama kamu, disebabkan adanya satu golongan yang LEBIH RAMAI dari golongan lain. Sesungguhnya Allah hanya mahu menguji kamu dengan yang demikian itu; dan Ia sudah tentu akan menerangkan kepada kamu, pada hari kiamat, apa yang kamu berselisihan padanya. “

Mengulas lanjut, Abdullah Bukhari berkata, sebenarnya wakil rakyat yang lompat parti ini lebih dilihat mengutamakan kepentingan peribadi mereka daripada faktor-faktor lain.

MGF19022019_ABDULLAH BUKHARI RAHIM_03
Temubual Malaysia Gazette bersama pendakwah, Abdullah Bukhari Abdul Rahim (al-Hafiz) mengenai senario politik negara di Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIA), Gombak, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 19 FEBRUARI 2019

Beliau yang juga seorang pensyarah salah sebuah universiti tempatan berkata, kalau betul seseorang wakil rakyat itu ‘gentleman’, mereka sepatutnya meletakkan jawatan dan bertanding semula atas ‘tiket baru’.

” Kalau selepas letak jawatan, bertanding dan menang semula, maknanya memang rakyat perlukan anda untuk menjadi wakil mereka, sekiranya tidak terpilih, maknanya anda cuma ‘rasa’ menjadi pilihan sedangkan hakikatnya ia tidak seperti yang anda rasakan itu,” kata Abdullah Bukhari.

Mengenai kemungkinan ada wakil rakyat yang terpaksa ‘lompat parti’ disebabkan terdapat tekanan-tekanan tertentu yang diterima mereka, beliau berkata, hidup ini bukan sekadar di dunia.

Katanya, mereka (wakil rakyat) mungkin ‘senang’ di dunia tetapi setiap apa yang mereka lakukan akan dipersoal di akhirat kelak.

MGF19022019_ABDULLAH BUKHARI RAHIM_08
Temubual Malaysia Gazette bersama pendakwah, Abdullah Bukhari Abdul Rahim (al-Hafiz) mengenai senario politik negara di Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIA), Gombak, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 19 FEBRUARI 2019

Ujarnya, biarlah kita susah sedikit di dunia daripada kita terpaksa berhadapan dengan hukuman daripada Allah kesan daripada perbuatan yang dilakukan.

” Bertaqwalah kepada Allah SWT walaupun kita mungkin terpaksa ‘memusibahkan’ diri kita dengan musibah dunia. Musibah dunia, musibah agama adalah benda yang cukup dijaga dalam Islam. Kita ambil contoh Nabi Yusuf, ada seorang wanita Mesir yang menawarkan dirinya untuk berzina atau berhadapan dengan hukuman penjara.

” Namun demi menjaga agamanya, Nabi Yusuf berkata kepada Tuhan yang baginda lebih suka ke penjara daripada membuat perkara yang tidak elok kepada seseorang perempuan. Maknanya di sini, Nabi Yusuf lebih rela menjaga agama walaupun baginda telah menimpakan dunianya dengan musibah.

” Jadi ‘ittaqullah’…jagalah agama…biarlah musibah menimpa kita di dunia tetapi Allah SWT tak marah pada kita, itu sebenarnya jauh lebih baik!,” katanya.- MalaysiaGazette.

https://www.youtube.com/watch?v=tLamLdxkbT0

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast