Azhar Azizan Harun
Azhar Azizan Harun

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan pengundi yang memasuki pusat mengundi bagi mana-mana pilihan raya dibenarkan memakai baju atau membawa masuk material yang tertera tagline, slogan, moto atau apa-apa perkataan.

Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun bagaimanapun menegaskan ia tidak boleh berbaur hasutan, cercaan, provokasi atau menyentuh sensitiviti kaum yang menggugat keharmonian dan mengganggu kelancaran proses pada hari mengundi.

“Mana-mana pengundi yang gagal mematuhi arahan tersebut tidak akan dibenarkan masuk ke dalam pusat mengundi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

SPR turut menyeru semua pihak agar mematuhi undang-undang bagi memastikan hak demokrasi dapat dilaksanakan dalam suasana aman dan tenteram.- BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast