Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperkenalkan Skim FundMyHome-Depositku bagi menyelesaikan masalah pembayaran pendahuluan sebanyak 20 peratus bagi pembeli rumah pertama.
Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, skim itu membolehkan pembeli rumah mendapat pinjaman daripada kerajaan sehingga RM30,000.
Beliau menyifatkan skim itu unik kerana tanpa pembayaran balik bulanan selama lima tahun dengan pembeli boleh menyalurkan simpanan mereka ke arah pembinaan ekuiti rumah mereka.