OSLO – Pesawat syarikat penerbangan tambang murah, Norwegian Air yang terkandas di Iran sejak Disember lalu berikutan sekatan yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) dijangka berlepas dari negara itu dalam masa beberapa hari lagi.

Pesawat yang menju ke Oslo berlepas dari Dubai pada 14 Disember, namun terpaksa mendarat cemas di Shiraz di Iran kerana menghadapi masalah salah sebuah enjinnya, lapor Reuters.

Seramai 186 penumpang dan krew diterbangkan keluar dari Shiraz sehari selepas itu. Bagaimanapun pesawat tersebut ditinggalkan kerana memerlukan alat ganti daripada pembuat pesawat AS, Boeing.

Pentadbiran Donald Trump telah mengenakan semula sekatan terhadap negara Timur Tengah itu dengan menghalang penjulan pesawat awam, termasuk menyelenggara dan alat ganti.

Sebarang produk yang mengandungi 10 peratus kandungan atau teknologi yang berasal dari AS memerlukan lesen AS dalam usaha untuk menghantarnya ke Iran.

“Kami dalam proses mendapatkan eniin baharu dengan menerbangkannya ke Iran untuk pesawat Boeing 737 MAX kami dalam masa beberapa hari,” kata jurucakap syarikat itu.

“Adalah terlalu awal untuk menyatakan bila pesawat itu akan terbang, namun sasaran kami untuk menerbangkan pesawat itu balik ke Scandinavia pada minggu depan,” tambah beliau.

Sebelum ini, Norwegian Air berkata, kertas kerja yang diperlukan untuk menyelenggara pesawat tersebut mengambil masa yang lebih lama daripada kebiasaan kerana syarikat itu perlu membiasakan diri dengan peraturan di Iran, di mana firma tersebut tidak beroperasi di negara tersebut.

Para pegawai di Lapangan Terbang Shiraz dan Kementerian Pembangunan Jalan Raya dan Urban Iran tidak dapat dihubungi untuk ulasan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast