SEMENYIH – Calon bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Kuan Chee Heng memulakan kempen malam ini dengan menampilkan skrin besar pada lori bagi menarik perhatian penduduk Taman Aik Ann.

Lokasi tersebut juga merupakan ceramah pemimpin Pakatan Harapan yang dijadualkan 8.30 malam ini.

Lori berkenaan dilihat memasuki kawasan tumpuan masyarakat setempat itu sejak sejam lalu.

Lima pemimpin Pakatan Harapan antaranya Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dan exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah bersama calon PH,  Muhammad Aiman Zainali akan turun berceramah malam ini.

Pelbagai program serta isu-isu kebajikan dan insfrastruktur yang memerlukan perhatian diberi penekanan.

Pada satu ketika Chee Heng atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Uncle Potato’ kelihatan di lokasi tersebut selain kenderaan pacuan empat roda milik Barisan Nasional. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast