Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama penyokong ketika hadir pada Rumah Terbuka Pesta Chap Goh Mei di Kampung Baru Semenyih, Selangor. foto IQBAL BASRI, 23 FEBRUARI 2019

SEMENYIH – Populariti BossKu yang dibawa oleh Datuk Seri Najib  Razak tidak akan mengugat potensi kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Semenyih 2Mac ini.

Itu pandangan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila ditanya sama  kelibat bekas Perdana Menteri itu yang hampir setiap hari turun berkempen bertemu rakyat dengan tagline BossKu di Semenyih.

Presiden PKR itu berkata, beliau tidak fikir tindak tanduk Ahli Parlimen Pekan itu boleh mempengaruhi peluang kemenangan PH dalam PRK kali ini.

“Saya tidak fikir begitu (pengaruhi kemenangan PH) sebab orang ramai sudah tahu mengenai Datuk Seri Najib Tun Razak dan ini bukan soal kecil.

“Saya tidak menyentuh soal peribadi tetapi soal 1MDB (1Malaysia Development Berhad) satu dunia sudah tahu.

“Ketika saya di Toronto dan New York berjumpa pelabur dan umat Islam semua membangkitkan betapa terkejutnya mereka dengan salah guna kuasa dan rompakan yang berlaku,” katanya kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Chap Goh Mei di Kampung Baru Semenyih malam tadi.

Turut hadir memeriahkan majlis yang dibanjiri lebih 1,000 orang penduduk setempat ialah Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan calon PH Muhammed Aiman Zainali.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menjelaskan beliau memahami rakyat yang meletakkan harapan begitu tinggi bahawa kerajaan baharu Pusat mampu menyelesaikan masalah harga barang yang membelenggu kehidupan mereka.

“Kita akui kekurangan itu tapi saya nak jelaskan di sini bahawa langkah langkah diambil oleh pemerintahan Tun M tapi dia mengambil waktu.

“Walaupun wujud kegelisahan, saya fikir masalah rakyat,perumahan dan pengangguran kita sedang mencari langkah menentang.

“Maka janganlah pada PRK kali ini ambil sikap kalau tak mengundi dan kalah pun takpe..tangkis tanggapan itu dan sokong calon PH kita untuk kekalkan kerusi ini,” tegasnya lagi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. 1MDB VS BOSSKU..

    ..kedua2 nya popular akan tetapi 1MDB lebih menyerlah.

    …hanya yg kita perlu tahu, bilamana Najib selepas seharian menjual tagline tersebut, sampai ke rumah,

    maka di Tanya oleh SUAMI NYA, ROSMAH, ” MACAM MANA JUALAN HARI?”

    ..LALU NAJIB MENJAWAP, ” BAGUS BOSSKU”.

    Rakyat perlu tahu, siape BOSS sebenar hinggakan 1MDB Menjadi Scandal sedunia

Comments are closed.