Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Rumah Terbuka Pesta Chap Goh Mei di Kampung Baru Semenyih, Selangor. foto IQBAL BASRI, 23 FEBRUARI 2019

SEMENYIH – Para pengundi Semenyih diingatkan agar jangan sesekali tidak keluar mengundi pada 2 Mac ini.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata , semua pengundi berdaftar perlu keluar beramai ramai mengundi untuk mempertahankan kerusi Semenyih kekal milik Pakatan Harapan.

“Saya harap jangan anda semua pilih ringan ‘tak keluar mengundi tidak mengapa’, semua mesti keluar undi.

“Saya datang di sini untuk sokong calon muda kita dari PPBM yang bertanding untuk PH.

“Kita tak mahu orang curi atau orang gila kuasa mentadbir rakyat.

“Oleh itu semua harus menyokong calon supaya kita dapat membentuk wakil rakyat yang boleh kerja dan membantu rakyat di sini,” katanya semasa berucap di Majlis Rumah Terbuka Chap Goh Mei Semenyih 2019 di Kampung Baru di sini.

Kebolehan Datuk Seri Anwar berucap sepatah dua kata dalam bahasa Mandirin masih memikat pengunjung lebih 1,000 yang hadir ke majlis tersebut.

Turut hadir bersama Calon PH Muhammed Aiman Zainali ialah  Naib Presiden PKR Dr Xavier Jayakumar dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

Comments are closed.