TERKINI : JANJI HAPUSKAN TOL! Najib Troll Kena Bayar Tol RM2.10 #Bossku

Kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menunaikan janji memansuhkan tol menjadi troll terbaharu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam lawatan kali ketiga ke Semenyih sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu, Najib mendakwa beliau masih terpaksa membayar tol walaupun PH telah mentadbir Putrajaya selama 10 bulan.