Putera Khalid Salman. Foto Arab News

RIYADH – Kerajaan Arab SaudiĀ  mengumumkan pelantikan adik kepada Putera Mahkota Mohammed bin Salman, Putera Khalid sebagai Timbalan Menteri Pertahanan manakala seorang puteri sebagai duta wanita pertama Amerika Syarikat (AS).

Euronews melaporkan, Putera Khalid sebelum ini menjadi duta negara itu ke Washington sejak 2017.

Pelantikan itu merupakan usaha Riyadh untuk menyelesaikan bantahan antarabangsa berhubung pembunuhan wartawan, Jamal Khashoggi pada tahun lalu membabitkan ejen Arab Saudi yang telah menjejaskan hubungan dengan sekutu Barat termasuk Amerika Syarikat.

Sementara itu, Puteri Reema binti Bandar adalah anak perempuan kepada bekas duta lama Arab Saudi ke AS.

Beliau membina kerjaya di sektor swasta sebelum menyertai pentadbiran kerajaan telah memperjuangkan pernyertaan wanita dalam sukan dan memberi tumpuan untuk memperkasa wanita. – MalaysiaGazette