Johan Abdul Aziz
Johan Abdul Aziz

SEMENYIH – Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abdul Aziz hari ini memohon maaf secara terbuka kepada kepimpinan dan ahli Pas di atas ‘permusuhan’ politik antara dua parti Melayu terbesar itu sejak 60 tahun lalu.

Johan selaku Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Semenyih berkata, ‘permusuhan’ dua parti Melayu ini perlu ditamatkan demi kepentingan dan masa depan orang Melayu Islam.

“Malam bersejarah ini saya nak merakamkan waktu pemuda lama kita berselisih faham bukan sikit, kadang-kala pilihan raya sebelum ini maki sesama sendiri.

“Jadi malam ini selaku Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat ingin melafazkan menyusun 10 jari memohon banyak maaf kepada semua warga Pas jika ada salah tutur kata dan bahasa sebagainya,” katanya berucap pada Ceramah Umum Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih di Taman Tasik Semenyih, di sini, malam ini.

Hadir sama Ketua Pas Kawasan Hulu Langat, Che Rosli Che Mat; ADUN Sijangkang, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi; Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary.

Johan yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih menegaskan, UMNO dan Pas perlu bersama ketika berdepan dengan pelbagai fitnah untuk mengagalkan kesatuan ummah itu.

“Jadi saya harapkan kerjasama ini kita teruskan, kita pedulikan apa yang di luar sana yang menyatakan macam-macam.

“Tuduhan RM90 juta kita terima. Ini saya kira fitnah-fitnah yang cukup besar dilakukan oleh orang yang tak bertanggungjawab, pedulikan biar mereka menjawab di sana (Hari Akhirat).

“Bagi saya keikhlasan kita bersama ini mari kita teruskan demi agama, bangsa yang mana kita yang sehari demi sehari dikikis secara senyap (kuasa Islam Melayu),” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. We are all politicians in our own right. Its true, there is NO PERMANENT ENEMY IN POLITIC.

    What is ALSO TRUE, there will always be ENEMY IN POLITIC.

    Now that UMNO & PAS decide to be more friendly, to face whatever left between them, it also a matter of time, the law will start to take its toll on the 2.5 M both gave & received.

Comments are closed.