Datuk Dr. Suneta Sulaiman

SHAH ALAM – Anggota bomba yang meninggal pada 17 Disember yang lalu mengadu pernah sakit bahu kanannya.

Perkara itu dimaklumkan oleh saksi ke-15 prosiding inkues allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim kepada Mahkamah Koroner hari ini. 

Kata Ketua Unit Rawatan Rapi (ICU) di IJN, Datuk Dr Suneta Sulaiman berkata, Muhammad Adib mengadu ketika cuba berkomunikasi dengannya dan mengajaknya membuat beberapa pergerakan pada hari keenam rawatannya.

“Pada hari itu pesakit boleh memberikan respon, mengangkat tangannya, dia menggunakan tangan sebelahnya (kiri) untuk menunjukkan bahunya yang sakit.

”Kemudian selepas dirujuk disarankan bahu pesakit dilakukan Imbasan Tomografi Berkomputer (CT Scan) bila dia stabil,” katanya.

Namun jelas beliau, tahap kesedaran Muhammad Adib sejak dimasukkan ke IJN tidak menentu kerana berada di bawah kawalan ubat penenang. 

Pada mulanya Suneta, 44 tahun memaklumkan bahawa mahkamah keadaan Adib yang ditemuinya di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) pada trngah malam 27 November adalah sangat kritikal. 

Keadaannya yang sangat tidak stabil itu juga, tambah doktor itu, disyaki menjadi punca kedua belah buah pinggangnya gagal berfungsi selain dengan denyut jantungnya yang laju berbanding sepatutnya. 

Oleh sebab itu, tanda-tanda demikian, ICU IJN membuat keputusan agar Muhammad Adib diberikan rawatan diberikan rawatan Veno-Venous Extracorporeal Membrane Oxygenation (VV-ECMO).

“Masa itu (di SJMC)  pesakit mendapat bantuan bekalan oksigen pada tahap 100 peratus. Jantungnya 130 / seminit, kalau untuk normal 60 hingga 100 per minit.

“Kami syak buah pinggangnya gagal berfungsi kerana ketidakstabilannya dan keadaannya yang sakit kritikal,”jelasnya. 

Ketidakstabilan keadaan anggota bomba itu digambarkan oleh doktor itu berterusan dan membimbangkannya dan pasukannya dalam ambulans yang dalam perjalanan dari SJMC ke IJN. 

“Keadaannya pada waktu itu (dalam ambulans) tidak stabil. Saya beritahu Datuk Dr Mohamed Ezani yang pada masa itu mengikut di belakang ambulans keadaan pesakit dan cuba untuk cepat sampai ke IJN,” tambahnya. 

Adib dimasukkan ke IJN awal pagi 27 November tahun lalu selepas beliau parah dipercayai dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast