Annuar Musa
Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Apabila Pas menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, tidak bermakna parti itu menyokong Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, pendirian Pas untuk bekerjasama dengan UMNO adalah jelas dan tidak perlu dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Katanya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa Ahli Parlimen parti itu, serta mungkin dari UMNO hanya menyokong Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.

“Tapi tidak bermakna mereka sokong PH pada PRK dan PRU akan datang. Kerjasama ini sangat jelas dan tidak payah nak spin (putar belit) di saat menjelang hari pengundian PRK Semenyih 2 Mac ini,” katanya di sini, hari ini.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh menyatakan, pada dasarnya dalam konteks pilihan raya, Pas dan UMNO serta rakyat secara bersama menolak PH. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast