Datuk Seri Aminuddin Harun-BERNAMA

SEREMBAN – Pengerusi PKR Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun hari ini menegaskan beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau, Dr S. Streram telah berkhidmat selama lebih 15 tahun kepada masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Sebaliknya, Aminuddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan dan Menteri Besar berkata beliau hanya mengeluarkan kenyataan bahawa pakar bius itu telah berkhidmat di kawasan berkenaan selama beberapa tahun.

Beliau berkata demikian bagi membetulkan fakta dalam laporan Bernama bertarikh 24 Nov tahun lepas yang melaporkan bahawa Streram telah berkhidmat lebih 15 tahun kepada masyarakat di Rantau dan Rembau dan sering berulang alik.- BERNAMA