KUALA LUMPUR – Jaguh pecut para, Afiq Ali Hanafiah mencipta kejutan apabila memenangi pingat emas 100 meter di Kejohanan Olahraga Para Dunia, Grand Prix Dubai di Emiriah Arab Bersatu, malam tadi.
Ini kali pertama dalam sejarah yang menyaksikan pelari pecut dari Malaysia memenangi emas dalam acara berkenaan.
Atlet berusia 25 tahun itu mengungguli acara T11/12 (masalah penglihatan) selepas membakar trek di Dubai Club Stadium dengan kepantasan 11.48 saat (s).
Afiq meninggalkan pelari pilihan dari Jepun, Shunya Yamaji yang memenangi perak dengan kelebihan 0.15s.
Sebagai rekod, Afiq sebelum ini pernah mengharumkan nama negara apabila memenangi pingat gangsa di Sukan Komanwel 2018 dalam acara sama selain memenangi emas pada Sukan SEA Para Kuala Lumpur 2017. – MalaysiaGazette