Bangunan Kementerian Kewangan. foto HAZROL ZAINAL, 02 NOVEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Laman sesawang Skim Perlindungan Nasional B40 atau Skim mySalam dilancarkan dan telah mula beroperasi hari ini.

Dengan pelancaran laman sesawang ini, golongan berpendapatan rendah atau B40 boleh membuat pendaftaran secara atas talian.

Penerima yang layak boleh memfailkan tuntutan mereka melalui saluran yang sama.

Skim mySalam telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 24 Januari 2019 merupakan inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan untuk meringankan beban golongan  B40.

Perlindungan di bawah skim ini telah pun bermula pada 1 Januari 2019 manakala pendaftaran dan perkhidmatan sokongan pelanggan akan beroperasi mulai 1 Mac 2019.

Semua rakyat Malaysia yang mendapat rawatan daripada hospital kerajaan boleh membuat permohonan tertakluk kepada syarat mereka ada rakyat Malaysia dan berpendapatan rendah.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, maklumat lanjut dan jawapan kepada soalan-soalan lazim berkenaan
skim ini juga terdapat di laman web ini.

Laman web mySalam boleh dicapai melalui pautan www.mysalam.com.my.

Skim mySalam menawarkan perlindungan kesihatan secara percuma kepada penerima B40 yang layak untuk 36 penyakit kritikal sehingga RM8,000 dan memberi bayaran harian sebagai pendapatan gantian semasa rawatan hospital untuk tempoh maksimum 14 hari setiap tahun pada kadar RM50 sehari atau bersamaan dengan
RM700 setahun.

Bayaran RM8,000 adalah ‘one-off’ (sekaligus) tetapi bayaran harian RM50 dengan maksimum RM700 setahun boleh
didapatkan setiap tahun. – MalaysiaGazette