Jawatankuasa Menyelamat Kuil Sri Maha Mariamman Seafield hari ini memfailkan permohonan semakan keputusan Mahkamah Koroner yang tidak membenarkan mereka menjadi pihak berkepentingan dalam prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.
Foto hiasan

SHAH ALAM – Muhammad Adib Mohd Kassim sepatutnya menerima anugerah perkhidmatan cemerlang pada 2018 kerana prestasi kerjanya yang baik. 

Namun cadangan Ketua Balai di Balai Bomba Subang Jaya, Syed Shahril Anuar Syed Sulaiman tidak kesampaian setelah anak buahnya itu meninggal dunia 17 Disember yang lalu. 

Menggambarkan Adib pekerja yang tidak pernah menimbulkan masalah, keperibadiannya kata Syed membuatkan beliau disenangi bukan sahaja rakan setugas bahkan juga orang awam. 

“Beliau tidak pernah ada masalah dalam kerja mahupun dengan rakan setugas mahupun dengan saya, cadangan saya nak bagi dia anugerah perkhidmatan cemerlang, tapi tulah… tak kesampaian,” katanya. 

Syed turut berkongsi kenangannya mengusik Adib ketika membuat permohonan cuti kahwin daripadanya. 

Kenangan itu nyata masih jelas baginya sehingga beliau gagal menghabiskan ayatnya dan menitiskan air mata. 

“Saya bergurau di mana saat-saat dia meminta cuti masa tu dia minta cuti nak kahwin, masa tu saya bergurau dengan dia saya kata ….. (menangis) …

“Saya kata kat dia kad kahwin pertama mesti sampai kat saya baru saya luluskan cuti . Kami sama-sama ketawa,” katanya lagi. 

Setakat ini, Syed dan saksi ke-16 semalam iaitu Mohd Asraf Baruji memberi keterangan mereka bahawa anggota bomba tersebut mengaku dipukul ketika kejadian rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman 27 November. 

Setelah 21 hari dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) Adib meninggal dunia pada 17 Disember yang membawa penubuhan  inkues kematiannya bermula 11 Febuari yang lalu. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast