Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor, Salehin Mukhyi berucap pada Program Sembang Santai sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih di perkarangan Surau At-Taqwa Kampung Sentosa, Semenyih. foto SYAFIQ AMBAK, 26 FEBRUARI 2019

SEMENYIH – UMNO dan Pas  digesa supaya mengukuhkan perpaduan ummah bagi berdepan segala maki hamun dan tohmahan Pakatan Harapan (PH).

Pesuruhjaya Pas Selangor Salehin Mukhyi berkata, ia penting untuk berhadapan dengan PH tanpa beremosi dan bijak.

“Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir Mohamad) dan Perdana Menteri Tepi (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mula gelabah di PRK Semenyih ini apabila umumkan mansuh tol.

“Entah siapa yang nak pakai waktu malam tak faham siapa nasihat dan beri strategi begitu,” bidasnya dalam Program Sembang Santai kempen BN di Kampung Sentosa malam tadi.

Tambah Salehin, jika pemimpin itu seorang yang amanah, tidak berbohong dan tidak memungkiri janji, negara baik akan dapat dibina.

“Kalau kaki fitnah ramai takpalah, sabar sahaja kita dan tukang maki hamun yang cuba merenggangkan kita ini (PH) semuanya iblis yang tidak perlu dilayan.

“Kita sudah menang di Cameron Highlands dan Pas sokong di sana dan kalau BN menang di sini ia juga kemenangan untuk Pas.

“Sebab kita boleh menyusun perpaduan ummah kita selepas itu menjadi lebih erat antara BN Pas. Pas juga akan menjadi benteng kepada UMNO dalam membina bangsa agama dan negara nanti dan mari kita harapkan budak kita di Semenyih (calon BN, Zakaria Hanafi) jadi pencabut kuasa PH pada Sabtu ini,” katanya lagi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.