Jerome Powell

WASHINGTON – Rizab Persekutan tidak terburu-buru untuk melakukan perubahan dalam kadar faedah, kata Jerome Powell.

Menurut Pengerusi Rizab Persekutuan itu pendekatan bank pusat itu terhadap ekonomi adalah perlahan.

Dalam dua jam taklimat kepada Jawatankuasa Perbankan Senat, Powell mengulas mengenai “isyarat yang bertentangan” yang Rizab Persekutuan cuba untuk mentafsirkannya dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Ia termasuk data jualan runcit yang mengecewakan dan aspek ekonomi lain yang berbeza dengan pengambilan gaji  stabil, pertumbuhan upah dan kadar pengangguran rendah yang berterusan.

“Tinjauan dasar adalah baik,” kata Powell, tetapi pertumbuhan yang lebih perlahan di luar negara menyeret sama ekonomi Amerika Syarikat yang “kita mungkin dirasai lebih ketara” pada bulan-bulan mendatang.

“Kami mempunyai tinjauan yang baik dan jawatankuasa (penetapan kadar) benar-benar mengawasi rentetan, risiko, dan pada masa ini kami akan bersabar dengan dasar kami dan membenarkan periha; mengambil masa untuk dijelaskan,” kata Powell.

Aliran pekerja baharu dalam tenaga buruh, misalnya, telah mengejutkan bank pusat dan bermaksud “tiada ruang untuk berkembang,” katanya.

Selepas menaikkan kadar faedah sebanyak empat kali pada 2018 dan menjangkakan kenaikan harga pada 2019, Rizab Persekutuan pada Januari beralih kepada pendirian “bersabar” kerana kebimbangan berhubung kedudukan ekonomi global berakar dan pasaran menyuarakan keraguan tentang pemulihan ekonomi Amerika Syarikat.

Penanda aras kadar asas semalaman yang ditetapkan antara 2.25 peratus hingga 2.50 peratus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast