Datuk Noraini Ahmad

KUALA LUMPUR- Wanita UMNO bersetuju dengan cadangan untuk mewajibkan suntikan vaksin imunisaaaaasi sebelum kanak-kanak menyertai alam persekolahan.

Namun, Ketuanya, Datuk Noraini Ahmad mencadangkan supaya pengamal perubatan termasuk para jururawat unntuk meningkatkan peranan di dalam memberi nasihat serta kesedaran kepada ibu bapa mengenai kepentingan suntikan vaksin kepada kanak-kanak.

“Kita tidak boleh melarang kumpulan antivaksin kerana tiada undang-undang supaya ibu bapa patuh kepada jadual imunisasi di negara ini.

“Tetapi apa yang boleh dilakukan ialah mewujudkan kesedaran mengenai pentingnya suntikan vaksin khususnya di kalangan ibu bapa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad baru-baru ini memberitahu, kementeriannya akan membentangkan cadangan dan dasar supaya suntikan vaksin imunisasi diwajibkan.

Ini kerana, kementerian mendapat desakan kuat daripada pelbagai pihak supaya mempertimbangkan untuk mewajibkan suntikan tersebut berikutan semakin ramai ibu bapa yang enggan berbuat demikian sehingga menyebabkan penularan kes-kes yang mengakibatkan kematian.

Ketika ini, tidak menjadi satu kewajiban atau mandatori kepada kanak-kanak untuk divaksin sebelum dibenarkan masuk ke sesi persekolahan dan ia terpulang kepada pihak sekolah untuk melakukan pemeriksaan atau pengesahan lanjut.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Tiada suntikan vaksin, tidak boleh ke sekolah – Doktor

Kanak-kanak lelaki tanpa vaksin meninggal dunia dijangkiti difteria

Sabah akan vaksinkan semua kanak-kanak untuk kawal wabak campak