Wakil Perdagangan Amerika Syarikat, Robert Lighthizer

WASHINGTON – Pelaksanaan kenaikan tarif ke atas barangan China ditangguhkan secara rasmi sehingga “satu tarikh diberitahu kelak”.

Ini adalah susulan kepada keputusan yang diambil Presiden Donald Trump pada Jumaat lepas yang menangguhkan keputusan untuk melaksanakan kenaikan tarif berkenaan selepas rundingan di antara kedua-dua negara menunjukkan perkembangan positif.

Kenyataan tersebut dikeluarkan Pejabat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (AS) selepas testimoni Wakil Perdagangan AS, Robert Lightizer mengatakan jabatan berkenaan sedang berurusan dengan proses perundangan untuk melaksanakan penangguhan kenaikan tarif.

“Selari dengan arahan presiden, Pejabat Wakil Perdagangan AS akan mengeluarkan satu notis kepada Pendaftar Persekutuan minggu ini untuk menggantung peningkatan tarif ke atas barangan China yang telah dijadualkan sebelum ini kepada satu tarikh yang akan diberitahu kelak,” katanya dalam satu emel.- MalaysiaGazette