Rafizi Ramli comeback PKR election GE General
Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR – Heboh penyokong Pas mendakwa akaun Bank Islam yang dikatakan bukti parti itu membayar RM1.4 juta kepada Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown itu palsu.

Namun Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli pula berjaya membuktikan akaun itu benar-benar wujud selepas membuat siasatannya sendiri.

Menerusi status Facebooknya hari ini, Rafizi memperincikan bagaimana beliau mendapat tahu nombor yang tertera itu benar-benar wujud.

Beliau berkata nombor akaun Bank Islam sebanyak sepuluh angka yang dinyatakan dalam surat sulit yang diterbitkan Rewcastle-Brown adalah sebahagian daripada nombor akaun 14 angka.

Menurutnya, beliau mengenal pasti keseluruhan nombor akaun dengan membuat perbandingan dengan nombor akaun di cek Bank Islam yang lain.

Selepas mendapat nombor akaun yang betul, beliau mendakwa berjaya memindahkan RM10 ke dalam akaun tersebut.

Rafizi turut menamakan pemilik akaun itu di bawah nama Rameli Musa.

“Ini mengesahkan bahawa akaun yang dinamakan itu wujud, sumber wang untuk RM1.4 juta itu juga wujud.

“Tokoh yang cek dan akaunnya digunakan untuk membayar RM1.4 juta juga wujud,” katanya lagi.

Justeru, Rafizi berharap penyokong-penyokong Pas dan pembangkang menerima hakikat Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah membayar Clare untuk tidak meneruskan perbicaraan.

Sementara itu, portal Malaysiakini mendapati individu itu adalah pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sahabat kepada Abdul Hadi.

Hari ini, Clare mengesahkan Hadi membayarnya RM1.4 juta untuk menyelesaikan saman fitnah yang difailnya di London.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

https://malaysiagazette.com/blog/2019/03/01/akaun-yang-didedahkan-clare-tidak-wujud-nasruddin/