Gambar hiasan
KUALA LUMPUR –  Ringgit ditutup rendah seiring dengan prestasi kebanyakan mata wang yang sedang pesat membangun di Asia berikutan banyak pelabur tidak memasuki pasaran disebabkan ketidakpastian rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS) dan China, kata peniaga.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.0720/0770 berbanding dolar US daripada 4.0650/0680 semasa ditutup pada Khamis.

Seorang peniaga berkata dolar US kukuh berbanding mata wang saingan utamanya yang lain pada Jumaat, disokong oleh peningkatan hasil Perbendaharaan AS selepas data menunjukkan ekonomi AS mencatatkan pertumbuhan 2.6 peratus pada suku keempat.

Ringgit, bagaimanapun, diniagakan tinggi berbanding mata wang utama yang lain.

Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.6383/6438 daripada 3.6688/6718 pada Khamis dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0105/0146 daripada 3.0140/0167.

Mata wang tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.6258/6319 daripada 4.6304/6343 dan naik berbanding pound Britain kepada 5.3921/3000 daripada 5.4065/4108 semalam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast