Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan sebahagian orang ramai yang hadir pada Malam Kebudayaan Perpaduan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih di Bandar Rinching, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 28 FEBRUARI 2019.

SEMENYIH – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak calon Pakatan Harapan (PH) PRK DUN Semenyih sebagai budak mentah.

“(Calon) Wakil rakyat budak mentah 30 tahun..saya tengok ucapan dia saya geleng kepala,” ujarnya ketika berceramah sempena Malam Kebudayaan Perpaduan India di sini malam ini.

Najib merujuk kepada rakaman video yang tular apabila Mohamad Aiman Zainali berucap yang jika PH menang, sehari selepas itu beliau akan selesaikan semua masalah penduduk Semenyih.

“Adoiiii kena kencing. Tan Sri Muhyiddin (Yassin) duduk sebelah tiada expression..nak tepuk, nak senyum ke..maknanya Presiden Bersatu pun tak percaya pada ucapan calon dia,” katanya lagi.

Terdahulu, Najib juga menyelar seorang menteri yang dulu memfitnah pada zaman Barisan Nasional, beribu-ribu kuil dirobohkan.

“Zaman saya tiada kuil kita runtuh dan tutup, kalau ada pindah kuil baru.

“Dulu ada orang itu kata ribuan kuil kita musnhakan malangnya orang itu dah jadi menteri sekarang ini,” katanya.

Menteri itu, kata Najib wajar meminta maaf kepada masyarakat India tapi zaman PH katanya, orang menipu pun boleh jadi menteri.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast