Meng Wanzhou

TORONTO – Kanada akan membenarkan Ketua Pegawai Kewangan Huawei diekstradisi ke Amerika Syarikat tetapi mahkamah mesti membuat keputusan akhir.

Amerika Syarikat mahu Meng Wanzhou dibicarakan berhubung tuduhan penipuan yang berkaitan dengan sekatan Iran.

Meng ditahan di Kanada pada Disember lalu atas arahan Amerika Syarikat.

Penahanan wanita itu telah menjejaskan hubungan China dengan Amerika Syarikat dan Kanada.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat telah memfailkan hampir dua dozen pertuduhan terhadap Huawei.

Pertuduhan-pertuduhan itu termasuk menipu bank, menghalang keadilan dan pencurian teknologi.

Huawei dan Meng, kedua-duanya menafikan semua tuduhan tersebut.

Jabatan Keadilan Kanada mempunyai masa sehingga Jumaat ini untuk memutuskan sama ada kes ekstradisi akan diteruskan di mahkamah Kanada atau sebaliknya.

Huawei adalah pembuat telefon pintar kedua terbesar di dunia.

Keputusan itu berdasarkan sama ada permohonan itu mematuhi keperluan perjanjian ekstradisi Amerika Syarikat-Kanada.

“Perbicaraan ekstradisi bukanlah satu perbicaraan atau tidak membuat keputusan bersalah atau tidak bersalah,” kata Jabatan Keadilan dalam satu kenyataan pada hari Jumaat.

Tambah kenyataan itu: “Jika seseorang akhirnya diekstradisi dari Kanada untuk menghadapi pendakwaan di negara lain, individu itu akan dibicarakan di negara itu”.

Pasukan peguam Meng berkata, pihaknya kecewa dengan keputusan itu sambil mengaitkan pertuduhan itu ada kaitan dengan politik dan bertindak selepas Presiden Amerika Syarikat membuat kenyataan.

Donald Trump telah mencadangkan untuk campur tangan dengan kes Jabatan Keadilan Amerika Syarikat berhubung kes Meng sekiranya ia berkaitan dengan kepentingan negara atau jika ia membantu mencapai hubungan dagangan dengan China. – MalaysiaGazette