Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan

KUALA LUMPUR – Serangan bertali arus yang dihadapkan kepada Pas sebenarnya adalah cubaan untuk menutup pekung Pakatan Harapan (PH) di sebalik isu projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan sebaliknya menegaskan, penahanan seorang ahli korporat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menguatkan dakwaan salah laku itu

“Adakah skandal ini turut membabitkan pemimpin DAP khususnya bekas Ketua Menteri Pulau Pinang?

“Pas menuntut Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP untuk menyediakan satu butiran lengkap pelan asal projek terowong dasar laut tersebut.

“Berapakah jumlah sebenar kos projek? Adakah ia ditender secara terbuka dan sekiranya ia adalah tender terbuka, sila dedahkan perincian tender tersebut.

“Apa sebenarnya terma-terma yang dipersetujui antara pemaju dan LGE, termasuk perjanjian pertukaran lot-lot tanah di lokasi strategik Pulau Pinang

“Kemukakan latar belakang pemaju dan semua rakan kongsi terlibat. Adakah mereka berpengalaman dan berkemampuan untuk melaksanakan projek dengan skala ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nasrudin juga menuntut Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendedahkan status atau hasil siasatan skandal projek terowong dasar laut yang sedang berlaku sekarang.

“Kajian keboleh laksanaan (feasibility study) projek tersebut yang telah menelan belanja sebanyak RM305 juta masih belum dimuktamadkan sehingga Januari lalu.

“Kini, rakyat berhak mendapatkan penjelasan sebenar projek ini setelah lebih setahun siasatan SPRM berjalan.

“Ini kerana terdapat dakwaan menyatakan bahawa kaedah pembayarannya membabitkan pertukaran tanah (land swap) dan menjejaskan ekosistem persekitaran,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Jika ini quality pemimpin PAS, tidak hairan, bagaimana quality ahli2 nya.

    Bila di tanya mengenai controversy yg melanda PAS, bukan Si Lebai ini berdepan utk memperjelaskan, malah menepiskan controversy tersebut lalu mengalih NYA dgn isu lain.

    “Tuhan” jenis ape yg kamu Mau pun PAS menyembah hinggakan otak berserabut dgn penafian dan penafian yg tak susah?

    ..bermula dgn satu penafian pertama, kini terjebat dgn penafian seterus NYA.

Comments are closed.