Pihak berkuasa India menyerahkan mayat Shakirullah kepada Pakistan di sempadan Wagah.

NEW DELHI – India menyerahkan mayat seorang banduan yang terbunuh dalam penjara negara itu kepada pihak berkuasa Pakistan di sempadan Wagah.

Shakirullah memasuki India secara tidak sengaja pada 2003 dan dipenjarakan kerana disyaki mengintip. Beliau dibunuh oleh banduan di penjara Jaipur.

Keluarganya yang mengutuk sikap India itu menyatakan Pakistan telah menghantar balik warga India dalam keadaan bernyawa dan India sepatutnya melakukan perkara yang sama.

Pada Jumaat lalu, Pakistan menyerah juruterbang, Abhinandan Varthaman kepada pihak berkuasa India di sempadan Wagah apabila pesawat yang dikendalikan beliau ditembak jatuh Pakistan

Shakirullah yang berasal dari Sialkot diserang dan dibunuh di Penjara Pusat Jaipur pada 20 Februari lalu. Pihak berkuasa India telah menahan empat banduan dalam insiden tersebut.

Mereka berkata, dia terbunuh dalam pergaduhan mengenai bunyi televisyen.

Media India melaporkan keselamatan banduan warga Pakistan di India telah ditingkatkan sejak serangan Pulwana pada 14 Februari lalu dan kematian Shakirullah.

Adik Shakirullah memberitahu Samaa TV bahawa abangnya itu menyeberangi sempadan ketika ‘keadaan mentalnya tidak baik’ dan 16 tahun kemudian mendapati dia terbunuh dalam penjara di India.

Mereka mahu siasatan dilakukan terhadap kematiannya. – Agensi