Menteri Industri Utama Teresa Kok menafikan dakwaan bahawa lawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad ke China baru-baru ini merupakan
Teresa Kok

KUALA LUMPUR – Menteri Industri Utama, Teresa Kok menjelaskan beliau tidak mahu rakyat hanya bergantung kepada sumber pendapatan satu-satu jenis tanaman sahaja.

Penting bagi negara tegasnya, untuk mengkaji kesesuaian penanaman tanaman alternatif bagi mempelbagaikan pendapatan pekebun kecil susulan kejatuhan harga komoditi sawit dan melawan sentimen anti-sawit oleh negara-negara Eropah.

“Buluh, nenas dan kelapa yang saya sebutkan semalam adalah sebagai cadangan alternatif kepada para pekebun kecil yang selama ini sangat bergantung hanya kepada tanaman kelapa sawit sebagai sumber pendapatan.

“Kenyataan saya juga hanya merujuk kepada beberapa kawasan yang bersesuaian di Negeri Pahang yang kebetulannya mempunyai banyak buluh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau merujuk kepada satu artikel yang disiarkan oleh sebuah akhbar bertajuk “Lupakan Kelapa Sawit, Tanam Buluh,” semalam.

Jelas Teresa, Kementerian Industri Utama sedang mengambil langkah untuk melawan pengaruh kempen anti minyak sawit di Eropah yang mutakhir ini menjadi semakin kuat. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. rakyat setuju saja kalau ada bimbingan kerajaan. satu kawasan satu projek difelda boleh buat percubaan. jangan jadi buluh satu malaysia sudah lah.

Comments are closed.