Sistem pertahanan peluru berpandu, Patriot buatan Amerika Syarikat.

ANKARA – Ankara dan Washington mula melakukan rundingan pembelian sistem pertahanan peluru berpandu, Patriot dari Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Luar Turki, Mevlut Çavuşoglu.

“Maklum balas positf dari AS diterima pada surat terakhir yang kami hantar berhubung isu Patriot dua tahun lalu dan rundingan telah bermula,” kata Çavuşoglu kepada wartawan di wilayah Eskişehir.

Beliau menggariskan pelbagai faktor termasuk harga, masa penghantaran dan prospek pemindahan teknologi diambil kira dalam proses rundingan itu, sambil menambah Washington telah menawarkan untuk menghantar satu sistem selepas Ankara membantah tarikh penghantaran untuk sistem yang berasingan.

S-400
Sistem peluru berpandu darat ke udara, S-400.

Selepas usaha berpanjangan untuk membeli sistem pertahanan udara dari AS menemui jalan buntu, pada 2017 Ankara mengambil keputusan membeli sistem pertahanan udara, S-400 dari Rusia.

“Kami membeli S-400 kerana kami tidak boleh membeli Patriot, kata Çavuşoglu sambil menambah penjualan itu hanya dilakukan jika ia memberi manfaat kepada Ankara. – Agensi