KUALA LUMPUR – Dua pasukan dari Malaysia iaitu KL Raisuri Akademi (KLRA) Hawk Eye dan Akademi Tunas Bandar Tun Razak (AT BTR) terpaksa berputih mata.
Ini kerana kedua-duanya tewas pada peringkat separuh akhir Piala Kuala Lumpur 2019 kali ini.
Walaupun tidak dapat meneruskan cabaran sampai peringkat akhir namun kedua-dua pasukan itu berbangga kerana dapat beraksi dan menambah pengalaman.
Piala Kuala Lumpur 2019 menampilkan lebih 40 pasukan bertanding dari dalam dan luar negara untuk merebut kejuaraan dalam pelbagai peringkat umur.
Pada perlawanan untuk menentukan tempat ketiga dan keempat kategori bawah 10 tahun AT BTR telah menewaskan KLRA 1-0 pada perlawanan Sabtu dan Ahad lepas.
Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh pemain tengah, Reyyes Shaqiel Emir dari AT BTR.
Ketua Pasukan KLRA Hawk Eye, Arfan Marzuki pula berkata, pasukan telah berusaha sedaya upaya untuk memenangi setiap perlawanan.
“Kami telah berusaha sedaya upaya sehingga ke peringkat ini dan ini adalah satu pencapaian terbaik yang di luar jangkaan kami sepasukan,” kata ketua pasukan KLRA Hawk Eye, Affan Marzuki.-MalaysiaGazette