PUTRAJAYA – Calon bagi kerusi Pakatan Harapan (PH) pada PRK DUN Rantau akan diputuskan oleh PKR.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia peruntukan kerusi PKR dan telah diputuskan sejak PRU-14 lagi.
“Kawasan itu (DUN Rantau) telah diperuntukkan kepada PKR, kita (PH) tidak hendak buat perubahan.
“Kerusi itu kekal dan ini muafakat sebelum PRU-14,” ujarnya yang juga Menteri Dalam Negeri pada Sidang Media Majlis Pelantikan Ahli Suruhanjaya Sisatan Diraja (RCI) mengenai penemuan Kem Penempatan Sementara dan Kubur di Wang Kelian Perlis di sini hari ini.
Apa pun, menurut Muhyiddin, PH belum membuat sebarang persiapa untuk PRK DUN Rantau kerana baharu sahaja selesai dengan PRK DUN Semenyih baru-baru ini.
Peringkat ini, katanya, jawatankuasa pilihan raya negeri dan kawasan parti akan bermesyuarat terlebih dahulu.
Mengenai kerjasama UMNO dan Pas, Muhyiddin berkata, kesannya belum boleh dijangka.- MalaysiaGazette