STOCKHOLM – Volvo Cars merancang untuk memperkenalkan had kelajuan 180 kilometer sejam bagi kereta yang dihasilkan dari tahun 2020.

Langkah itu adalah sebahagian daripada program Volvo Cars untuk meningkatkan keselamatan jalan raya dan menangani kemalangan jalan raya dan kematian, yang dikenali sebagai Vision 2020.

Kelajuan tertinggi untuk model Volvo semasa berbeza-beza, bergantung kepada model enjin, tetapi boleh mencapai kira-kira 250 km/j.

Ketua Eksekutifnya, Hakan Samuelsson berkata, syarikat itu mempunyai sejarah yang panjang untuk melaksanakan langkah-langkah keselamatan, dengan menyatakan bahawa batasan kelajuan tidak dapat menangani semua masalah tetapi sekurang-kurangnya kaedah itu dapat menyelamatkan nyawa.

“Kami mahu memulakan perbincangan mengenai sama ada pembuat kereta mempunyai hak atau mungkin juga untuk memasang teknologi dalam kereta yang mengubah tingkah laku pemandu untuk menangani perkara-perkara seperti memandu laju, mabuk atau gangguan,” katanya.

Pengeluar kereta milik China itu berkata, penyelidikan menunjukkan kelajuan di luar had tertentu, teknologi keselamatan yang dibina ke dalam kereta tidak berkesan untuk mencegah “kecederaan teruk dan kematian sekiranya berlaku kemalangan.”

Ia termasuk jika memandu di bawah pengaruh alkohol atau ubat-ubatan dan gangguan – contohnya apabila seorang pemandu memandang telefon bimbit. – MalaysiaGazette