Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengimankan solat isyak dan solat hajat pada program Munajat dan Solat Hajat Perdana Peringkat Negeri Terengganu berhubung Isu Fitnah Terhadap PAS di Masjid Rusila, Marang, Kuala Terengganu. foto Malaysia Gazette, 07 MAC 2019

MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengetuai munajat dan solat hajat perdana peringkat negeri Terengganu yang berlangsung di Masjid Rusila malam ini.

Program tersebut dianjurkan Pas serentak di seluruh negara dalam usaha menghadapi cabaran fitnah dan serangan yang ditujukan kepada parti itu dari segenap penjuru dan silih berganti.

Abdul Hadi dalam sidang medianya siang tadi berkata, pihaknya hanya mengadu kepada Allah berikutan pelbagai tuduhan serta fitnah yang dilemparkan kepada parti itu, dan yang berbaharu adalah berkaitan dakwaaan beliau telah membayar RM1.4 juta kepada Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Sebelum itu, Pas juga disiasat atas dakwaan menerima dana UMNO sebanyak RM90 juta.

Beberapa pemimpin Pas telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan.

“Kami hamba kepada Allah Yang Maha Kuasa, mentadbir sekalian alam dan menguasai kerajaan di langit dan bumi.

“Kami bermunajat pada malam ini di Masjid Rusila dan seluruh negara dengan menunaikan solat, berpuasa di siang hari, membaca Al-Quran dan membuat amal kebajikan hanya semata-mata memohon pertolongan daripada Allah bagi menghadapi cabaran fitnah dan serangan yang ditujukan kepada PAS dari segenap penjuru dan silih berganti.

“Hanya pada-Mu Ya Allah, kami serahkan segala urusan,” doa yang dimuatnaik di laman Fecebook rasmi presiden Pas itu malam ini. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. kalau sembahyang minta hujan pun lagi baik dimusim kemarau begini. Allah lebih menyukainya kerana rahmah dan kasih sayang pada hamba2nya. daripada meminta perpecahan sesama manusia itu bukan kehendak Allah

Comments are closed.