Seorang individu bergelar Tan Sri keluar dari mahkamah dibebaskan selepas ditahan reman berhubung pengurusan kuil Sri Mahamariamman Devasthanam Batu Caves di Mahkamah Majistret Putrajaya, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 07 MAC 2019

PUTRAJAYA – Seorang individu bergelar Tan Sri dibebas dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembangunan sebidang tanah dimiliki kuil Sri Mahamariamman Devasthanam di Jalan Bandar, Kuala Lumpur.

Perintah dikeluarkan oleh Majistret Noraisyah Mohd Yusof di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Mahkamah membenarkan permohonan peguambela, Devanandan S. Subramaniam untuk mengetepikan permohonan lanjutan reman SPRM sehingga tiga hari kerana masalah kesihatan.

Tan Sri terbabit yang juga pengurusan tinggi bertanggungjawab menguruskan kuil Hindu di Batu Caves, Selangor itu juga diarahkan dibawa ke hospital dan dibebas sepenuhnya mulai jam 5 petang ini.

MGF070302019_KUIL BATU CAVES REMAN_18
Peguam, Devanandan S. Subramaniam bercakap kepada media berhubung pehanan reman pengurusan tertinggi kuil Sri Mahamariamman Devasthanam Batu Caves di Mahkamah Majistret Putrajaya, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 07 MAC 2019

“Jaminan tiada apa (duit) cuma mahkamah sebut bawa beliau ke hospital segera, selepas itu dibebaskan pukul 5 petang.

“Mahkamah tolak lanjutan reman itu kerana alasan yang dikemukakan SPRM tidak munasabah.

“Kebanyakan alasan SPRM nak selesaikan siasatan, nak mencari saksi-saksi dan sebagainya.

“Hujah kami nak cari saksi apa guna tahan beliau, nak cari bahan bukti, apa guna tahan beliau,” katanya ketika ditemui di pekarangan Istana Kehakiman Putrajaya, di sini, hari ini.

Majistret Noraisyah juga membenarkan permohonan SPRM untuk menyambung tahanan reman ke atas dua individu lain dalam siasatan sama, masing-masing sehingga sehari lagi.

MGF070302019_KUIL BATU CAVES REMAN_22
Seorang individu keluar dari mahkamah untuk disambung reman bagi membantu siasatan berhubung pengurusan kuil Sri Mahamariamman Devasthanam Batu Caves di Mahkamah Majistret Putrajaya, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 07 MAC 2019

“Anak kepada Tan Sri dan seorang lagi pula dibenarkan sambung (reman) untuk satu hari lagi.

“Pada awalnya SPRM mohon lanjut reman selama tujuh hari ke atas dua individu terbabit, tapi ia ditolak oleh mahkamah.

“Dua orang ini dibenar sambung reman satu hari sahaja. Bermakna esok pagi SPRM ke bawa (Mahkamah Majistret) dan dilepaskan esok pagi (9 pagi),” katanya lagi.

MGF070302019_KUIL BATU CAVES REMAN_20
Seorang individu dibawa keluar dari mahkamah untuk disambung reman bagi membantu siasatan berhubung pengurusan kuil Sri Mahamariamman Devasthanam Batu Caves di Mahkamah Majistret Putrajaya, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 07 MAC 2019

Ketiga-tiga suspek berkenaan hari ini dihadapkan ke Mahkmah Majistret di sini bagi mendengar permohonan SPRM untuk proses lanjutan reman.

Terdahulu ketiga-tiga suspek dibawa dari ibu pejabat SPRM kira-kira jam 8.30 pagi dan tiba di pekarangan Istana Kehakiman Putrajaya tepat jam 9.08 pagi tadi.

Salah seorang suspek bergelar Tan Sri kelihatan dibawa masuk ke Mahkamah Majistret diiringi pihak polis dan pegawai SPRM dengan menaiki kerusi roda.

Penahanan mereka bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 16 (a) (A) SPRM 2009 berhubung pembangunan sebidang tanah milik kuil Sri Mahamariamman Devasthanam di Jalan Bandar di ibu negara.

Sebelum ini, sepasukan pegawai penyiasat SPRM menyerbu rumah pegawai tinggi berkenaan, selain menggeledah pejabat pengurusan kuil di Batu Caves.

Ia susulan daripada gesaan daripada seorang pemimpin PKR agar SPRM menyiasat pengurusan sebuah kuil berhubung dakwaan penyelewengan dana kerajaan dan penderma.

Kuil di Jalan Bandar itu adalah yang tertua di Kuala Lumpur dan diuruskan Lembaga Pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam.

Lembaga berkenaan turut menguruskan Kuil Batu Malai Sri Subramaniar di Batu Caves dan Kuil Kortumalai Vinayagar di Persiaran Maybank. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast