Rina Harun
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun ketika ditemubual selepas Majlis Anugerah Tahunan GIATMARA (MAT) 2018 di Dewan Utama, Hotel Premiera, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 08 MAC 2019.

KUALA LUMPUR – Modul pembelajaran dan pengajaran di Pusat Latihan Giat Mara (Giat Mara) sedang dikaji dan disemak semula, kata Datuk Seri Rina Mohd Harun hari ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar itu berkata, langkah tersebut diambil untuk memastikan ia sejajar dengan keperluan Revolusi Industri 4.0 negara.

“Dia bukan mungkin tetapi memang disemak dan dikaji supaya ia mengikut keperluan industri tenaga kerja semasa dan pasti akan ada perubahan nanti antara program-program yang akan kita laksanakan kelak.

“Kita akan meneliti semula modul Giat Mara supaya kta dapat mempersiapkan pelajar pelajar Giat Mara ke arah menghadapi Revolusi Industri 4.0 dan era digital,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Beliau terdahulu menyampaikan Majlis Anugerah Tahunan Giat Mara 2018 di ibu negara diiringi Ketua Pengarah Giat Mara Datuk Azhar Abdul Manaf melibatkan seramai 135 penerima pelbagai peringkat Giat Mara dari seluruh negara termasuk Sabah Sarawak.

Tambahnya, kajian dan semakan modul itu akan mengambil masa setahun dan dijangka siap menjelang akhir 2019.

Menurutnya, ia bukan hanya sekadar kajian semata-mata sebaliknya program program modul latihan berkenaan akan ditambahbaik.

“Modul latihan sedia ada akan diteliti kesesuaian semasa tapi kita tengok ikut keperluan kerana mungkin ada program-program yang saya nyatakan ini belum bersesuaian tetapi memerlukan penambahbaikan mengikut keperluan pasara industri semasa.

“Apa yang dipelajari pelajar-pelajar Giat Mara nanti apabila keluar kelak mereka akan menjadi produk tenaga yang menepati industri pasaran yang kompetitif ketika ini,” ujarnya.

Ditanya sama ada kajian itu turut melibatkan penambahan tenaga pengajar di Giat Mara, Ahli Parlimen Titiwangsa itu berkata: “Kita tidak tambah tenaga pengajar, cuma akan tambah kemahiran mereka sahaja supaya menepati teknologi terkini”. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast