KUALA LUMPUR – Hotel Royal Limited didakwa sudah pun mendapat kelulusan untuk membeli Hotel Royale Chulan Bukit Bintang milik Boustead Holdings Berhad pada harga RM197 juta.

Bursa Singapura juga berpuas hati dengan harga pembelian yang diitawarkan pada kadar RM450,000 bagi satu bilik.

Syarikat yang membeli aset itu telah mengesahkan sudah membuat pembayaran deposit kepada Bousted.

Pengesahan itu, kata Datuk Seri Najib Razak menolak dakwaan Mohamad Sabu kononnya beliau berbohong dan menyebarkan berita tidak betul.

“Minggu lepas saya dedahkan bahawa Hotel Royale Chulan Bukit Bintang milik syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings sedang dijual kepada syarikat Singapura dengan harga RM197 juta sahaja.

“Tetapi Mat Sabu kata saya bohong. Tuduh saya sebar “fake news”.

“Tetapi, lampiran-lampiran ini adalah pengumuman yang saya dapat dari Bursa Saham Singapura di mana syarikat Singapura tersebut telah mengesahkan mereka telah memperolehi kelulusan untuk membeli hotel ini dari Bursa Singapura,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebook.

Selain itu, syarikat yang membeli hotel berkenaan turut mengesahkan hotel empat bintang dengan 400 bilik ini tereletak di atas tanah hak milik kekal dengan lokasi yang amat strategik di kawasan tiga-segi emas Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, harga jualan hotel itu adalah rendah jika dibandingkan dengan penjualan empat hotel empat bintang lain di Kuala Lumpur.

Artikel berkaitan: Royale Chulan dijual pada harga RM197j

 Kenapa terburu-buru LTAT jual Royale Chulan?

“Ada hotel-hotel lain yang terletak di jalan yang sama yang pernah dijual pada harga dua kali ganda lebih tinggi beberapa tahun yang lepas ini,” katanya sambil menemplak Menteri Pertahanan itu bahawa tidak mungkin syarikat Singapura itu mahu menipu bursa negara itu.

“Wang pun sudah mula bayar, bro. Takkan syarikat Singapura ini mahu menipu Bursa Saham Singapura pulak?

“Betul atau tidak, Mat Sabu?,” kata Najib yang turut menunjukkan lampiran surat Hotel Royal Limited dan link Bursa Singapura bagi mengelakkan didakwa menyebar berita palsu. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Hotel Royale Chulan belum dijual, pembeli tempatan diutamakan