Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali
Mohd Khairuddin Aman Razali

KUALA LUMPUR – DAP sangat takut dengan penyatuan Pas-UMNO kerana ia bakal merobohkan tembok kuasa yang dipegang sejak 10 tahun lalu.

Berikutan itu, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, DAP sengaja mencipta persepsi jahat yang sudah menjadi darah daging parti itu.

Ahli Parlimen Kuala Nerus bertanya, berpuluh tahun Kelantan ditadbir oleh Pas dan adakah Kelantan seperti Taliban.

“Rakyat Kelantan hidup aman dan damai,” katanya menerusi Facebook.

Sebaliknya, dakwa beliau, DAP yang baharu mentadbir negara sejak 10 bulan lalu sangat ekstrem berpolitik, cuba merungkaikan banyak asas-asas perlembagaan melibatkan hak Islam dan Melayu yang boleh menimbulkan pertembungan kaum.

“Justeru DAP sengaja mencipta persepsi jahat terhadap penyatuan kuasa politik Islam dengan label Taliban,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast