CHIAPAS – Sekurang-kurangnya 25 orang pendatang asing Amerika Tengah terbunuh manakala 30 lagi cedera parah selepas sebuah trak yang membawa mereka terbalik.
Semasa kejadian dianggarkan seramai 80 orang berada dalam trak kargo tiga tahan sedang melalui lebuh raya dekat bandar Francisco Sarabia.
Trak yang didakwa mengalami masalah teknikal telah berpusing sebelum terbalik, kata Pengarah Red Cross Isidro Hernandez.
Kebanyakan pendatang yang terlibat dalam nahas itu dari El Salvador, Guatemala dan Honduras, mahu memasuki Mexico dari Guatemala dekat La Mesilla, Chiapas.
Dari sana, mereka akan menaiki trak melalui laluan untuk ke tengah Chiapas.
Pihak berkuasa kini sedang mendapatkan maklumat mengenai mangsa untuk menghubungi keluarga masing-masing dan memulakan proses menghantaran mayat. – MalaysiaGazette