Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua kiri) bergambar bersama calon Pakatan Harapan, Streram Sinnasamy (dua kanan) pada sidang media mengenai pengumuman calon Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya. foto FAREEZ FADZIL, 11 MAC 2019

PETALING JAYA – Nampaknya PKR memilih semula Timbalan Ketua Cabang Rembau, Dr. S. Streram sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau tidak lama lagi.

Pengumuman itu dibuat Ketua Umum PH merangkap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Streram merupakan pakar bius Pusat Perubatan Nilai, Negeri Sembilan.

Streram adalah calon PKR bagi kerusi DUN Rantau pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan bertanggungjawab memfailkan petisyen bagi mencabar keputusan PRU-14 di Mahkamah Tinggi Seremban pada 23 Mei lalu.

Susulan itu, pada 16 September tahun lalu, Mahkamah Tinggi Seremban mengisytiharkan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan bagi kerusi itu terbatal dan tidak sah.

Pada PRU-14, Mohamad diumumkan menang selepas Streram gagal menghantar borang penamaan calon kerana tidak dibenarkan masuk ke pusat penamaan disebabkan tidak mempunyai pas SPR.

Sebelum ini, Anwar berkata, terdapat berbelas nama yang dicadangkan pada PRK DUN Rantau dan ia akan dibincangkan pada mesyuarat Biro Politik PKR pada Rabu lalu.

Media sebelum ini melaporkan antara nama yang telah dikemukakan sebagai calon adalah Timbalan Ketua Cabang Rembau, Dr S Streram; Ketua PKR Cabang Rembau, R. Tanggam; Ketua Wanita PKR Cabang Rembau K Bathmavathi; dan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) PKR Cabang Rembau, Saparin Musa.

Beberapa nama lain turut tersenarai adalah Naib Ketua Cabang Rembau, Datuk Hanif Hasan yang juga seorang peguam dan anak jati Rantau yang juga bekas Duta Malaysia ke China, Datuk Iskandar Sarudin.

PRK DUN Rantau pada 2 Mac ini adalah PRK ketujuh diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU14), dengan yang pertama diadakan di DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos, DUN Balakong dan DUN Seri Setia (8 September), Parlimen Port Dickson (13 Oktober), Parlimen Cameron Highlands (26 Januari) dan DUN Semenyih (2 Mac).- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

https://malaysiagazette.com/blog/2019/02/18/terkini-prk-dun-rantau-saya-akan-bertanding-semula-dr-streram/

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast