TERKINI : ISU RAJA DAN PERKAUMAN! Portal Berita Perlu Dipantau dan Hati-hati – Gobind Singh

KUALA LUMPUR – Pengendali portal diberi nasihat agar lebih berhati-hati dalam mengawal serta menyelia khasnya ruangan komen agar tidak di salah guna oleh golongan tertentu.

Malah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh melahirkan rasa bimbang kerana ruangan komen dalam segelintir portal sebenarnya tidak terkawal sehingga menyebabkan perpecahan khasnya antara kaum ketika ini.

Kata Gobind, pihaknya sedia maklum ruangan komen sesebuah berita dalam portal atau laman sesawang ketika ini sebenarnya memberikan ‘kebebasan’ untuk melakukan provokasi.

“Sebenarnya saya sangat berharap sekiranya pengendali portal-portal ini lebih bertanggungjawab dan berhati-hati dalam membuka ruangan komen kepada umum memberi pandangan.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast