Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin

PETALING JAYA – Anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menyokong Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

“(DUN) Rantau berada di bawah (Parlimen) Rembau, dan tentunya saya akan berkempen untuk beliau.” katanya kepada pemberita di Forum ‘Malaysia Strategic Financial Outlook’ yang dianjurkan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI).

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat mengesahkan beliau akan bertanding di kerusi yang telah beliau menangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), tahun lepas.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast