TERKINI : Penjawat Awam Boleh Pilih Gaji Swasta atau Ikut Gaji Kerajaan – Tun Mahathir

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih lagi berpendirian penjawat awam perlu dikurangkan dengan memberi contoh dasar penswastaan yang diperkenalkan pada 1983 sebelum ini masih lagi relevan dan boleh digunakan pada masa ini.

Beliau sekali menarik perhatian tentang bagaimana sejak 2003 ketika meletakan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-4, jumlah anggota perkhidmatan awam hanya sekitar 1 juta kini sudah meningkat kepada 1.7 juta orang dengan peningkatan 700,000 orang.

Menurut Dr Mahathir merangkap Ahli Parlimen Langkawi, pada tahun 1983, kerajaan telah memperkenalkan dasar penswastaan yang telah menyentuh peranan pihak swasta dalam pembangunan negara.

Jelas beliau, menerusi dasar tersebut antara lain kerajaan sebenarnya berjaya mengurangkan bebanan kewangannya, meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja, menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pembahagian sumber secara cekap.