Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

KUALA LUMPUR – Keputusan sama ada darurat di Pasir Gudang perlu diisytiharkan atau tidak akan diputuskan oleh mesyuarat kabinet esok.

Menteri Kesihatan Datuk Dr Dzulkefly Ahmad berkata, antara yang akan diteliti menerusi mesyuarat itu adalah aspek keselamatan penduduk.

“Kita akan membuat satu perbincangan dalam kabinet… teliti akan usul mengenai pengisytiharan darurat itu. Itu tidak payah dibincangkan lagi ketika ini sebab ia akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet esok,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini,

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, pengisytiharan darurat di tempat yang tercemar akibat pembuangan sisa toksik itu boleh mengakibatkan tercetus situasi panik.

Justeru beliau berkata, perbincangan berdasarkan situasi terkini di sana perlu diadakan dan penilaian terhadap tahap keseriusan pencemaran perlu dibuat terlebih dahulu. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

https://malaysiagazette.com/blog/2019/03/14/perlu-nilai-keseriusan-pencemaran-toksik-sebelum-isytihar-darurat-tpm/