MUNICH – Asakan bertali arus oleh pemain-pemain Liverpool akhirnya membuahkan kejayaan apabila pasukan itu berjaya menundukkan Bayern Munich pada perlawanan Liga Juara-Juara yang berlansung awal pagi tadi.
Pemain Sadio Mane membantu Liverpool apabila menyumbat dua gol pada perlawanan tersebut.
Dengan kemenangan 3-1 dalam perlawanan itu Liverpool kini mara ke suku akhir melengkapkan barisan empat pasukan Inggeris yang mara ke pusingan lapan terbaik buat kali pertama sejak musim 2008/09.
Menerusi agregat yang dicapai itu juga bermakna Liverpool akan menyertai Tottenham Hotspur, Manchester City dan Manchester United. – MalaysiaGazette