KUALA LUMPUR – Hutan berkeluasan 2.02 hektar di sekitar Taman Bukit Mewah, Kajang, dekat sini, terbakar dan anggota bomba berjaya mengawal keadaan kebakaran selepas empat jam.

Kebakaran hutan berkenaan yang berlaku sekitar 6.30 petang semalam itu hanya dapat dikawal kira-kira 10.30 malam tadi selepas bomba menggunakan kaedah waterbreak bagi memadamkan api.

Pusat Gerakan Operasi Selangor dalam kenyataan berkata, seramai 19 anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang, Bangi, Pandan dan Cyberjaya terlibat dalam operasi pemadaman hutan berkenaan.

Menurutnya, empat jentera penyelamat (FRT), dua jentera air serta dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) turut dikejarkan ke lokasi.

“Ketika jentera pertama sampai, api di kawasan berkenaan sedang marak dan bomba menggunakan kaedah waterbreak untuk memadamkan api.

“Keadaan api sedikit sukar dikawal berikutan keadaan yang gelap…bagaimanapun kebakaran tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa,” katanya.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast